Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penduduk kampung tempatan menemukan mayat mangsa pada petang Rabu di sebuah gereja kecil terbiar di pusat peranginan pulau itu. Foto hiasan Envato

Polis Filipina siasat kematian pelancong asing di pulau peranginan terkenal di dunia

ByBernama

MANILA, 13 Mac: Polis Filipina pada Khamis berkata mereka sedang menyiasat kematian seorang pelancong asing wanita di Boracay, sebuah pusat peranginan terkenal di dunia di tengah Filipina, lapor Xinhua.

Leftenan Kolonel Mar Joseph Ravelo, ketua polis daerah Malay, berkata seorang penduduk kampung tempatan menemukan mayat mangsa pada petang Rabu di sebuah gereja kecil terbiar di pusat peranginan pulau itu, antara destinasi pelancongan utama di negara berkenaan.

Lokasi di mana dia ditemukan adalah kira-kira satu kilometer dari penginapan hotelnya.

Poster pelancong yang hilang itu menunjukkan bahawa dia kali terakhir dilihat oleh rakan-rakannya pada petang Isnin.

Mangsa dilaporkan tiba di pulau itu pada 1 Mac untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

“Polis masih belum mengenal pasti individu yang berkepentingan.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan