Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA mematahkan cubaan menyeludup masuk lembu ke pasaran tempatan baru - baru ini. Foto kredit PGA Briged Tenggara.

PGA tumpaskan cubaan seludup lapan ekor lembu bernilai RM78,000

ByBernama

KOTA BHARU, 13 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup lapan ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM78,000 selepas menahan sebuah lori di Kampung Banggol Beta, Tumpat, awal pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan utama kampung berkenaan semasa Op Taring Kandang pada pukul 2.50 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan ekor lembu di dalam lori tersebut yang disyaki diseludup dari Thailand.

“Seorang pemandu lelaki berusia 21 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan lembu itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan hasil rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan