Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur – Putra. Foto KTM Berhad (Facebook)

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur – Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu telah menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang, serta Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan daripada jadual asal antara 60 minit ke 120 minit dengan penggunaan satu landasan sahaja.

Selain itu, bagi penumpang perkhidmatan tren ETS yang mengalami kelewatan melebihi dua jam, mereka boleh mendapatkan pemulangan tambang sekiranya tidak meneruskan perjalanan dengan tren.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh kakitangan kumpulan teknikal KTMB bagi memastikan operasi tren kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang gangguan perkhidmatan ini, KTMB turut menempatkan petugas di stesen dan anggota Polis Bantuan untuk membantu melancarkan pergerakan penumpang terjejas.

KTMB memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas dan mereka juga boleh mendapatkan info semasa melalui media sosial rasmi KTMB serta menerusi kakitangan KTMB yang bertugas di stesen, dan menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan