Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin melawat tapak projek Taman Awam Miri fasa empat. Foto Salasiah Safian (TVS)

Percepatkan Projek Taman Awam Miri fasa empat

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Mac: Projek Taman Awam Miri fasa empat kini 40 peratus siap, kata Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, setakat ini projek tersebut lambat lima peratus daripada yang dijadualkan.

“Mengikut jadual harus mencapai 45 peratus jadi lima peratus lewat daripada dijadualkanlah. Jadi saya berharap kontraktor dapat mempercepatkan supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melawat tapak projek di sini, hari ini.

Katanya, projek yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta adalah hasil permintaan rakyat setempat yang kerap mengadakan aktiviti riadah di Taman Awam ini.

“Dan masih lagi ada satu yang belum kita bina iaitu viewing tower yang saya akan mohon lagi peruntukan tambahan untuk projek ini. Selain daripada itu kita ada satu cadangan juga untuk membina satu taman mini dalam taman besar ini.

“Taman dalam taman kerana ini dalam kawasan yang besar jadi iaitu sepertimana kita sedia maklum saya cadangkan tempoh hari iaitu kita telah pun mencapai World Guinness Record iaitu dengan ecobrick yang kita buat tu begitu banyak jadi kita nak membina iaitu apa dikatakan Dinding Hijau Bandaraya Miri,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan untuk membina sistem perparitan yang sistematik di sepanjang laluan pejalan kaki.

Sementara itu, dari aspek keselamatan pula beliau sudah meminta pihak perunding untuk mengambil berat dan menjaga kawasan tersebut daripada hakisan tanah.

“Dari segi pembinaan ini rancangan ini kita memang tidak akan potong apa pokok-pokok di sini, kita masih itu supaya kita tidak mahu apa apa hakisan yang berlaku lah. Jadi ini telah pun diambil kira sudah. Kerana selama ini nampaknya bukit sini nampaknya jarang ada hakisan di sini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan