Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail 11 Mac 2025 SK Long Bemang

Penduduk tarik nafas lega, Long Bemang catat penurunan paras air

BySuara Sarawak

BARAM, 13 Mac: Paras air di beberapa kawasan di Long Bemang menunjukkan penurunan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut laporan Pejabat Daerah Telang Usan, keadaan ini disifatkan semakin pulih dengan paras air yang terus menurun.

“Di Kampung Long Bemang, paras air kini berada pada 0.9 kaki dan menunjukkan trend penurunan.

“Manakala paras air di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang pula mencatatkan antara 1.1 hingga 3.1 kaki,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, di Klinik Kesihatan Long Bemang, paras air direkodkan setinggi 30 sentimeter dan terus menunjukkan penurunan.

“Kenaikan air ini berlaku akibat air sungai pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat berkala sejak 11 Mac 2025 sehingga kini,” tambah kenyataan itu lagi.

Walaupun keadaan semakin baik, penduduk dinasihatkan agar terus berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan