Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang askar separa tentera berkawal di sebuah stesen kereta api di Balochistan. Foto AFP

Pasukan keselamatan Pakistan hapuskan pengganas dalam fasa akhir operasi di Balochistan

ByBernama

ISLAMABAD, 13 Mac: Pasukan keselamatan Pakistan kini memasuki fasa akhir operasi terhadap pengganas yang menyerang sebuah kereta api penumpang dan menawan sejumlah  tebusan di Wilayah Balochistan, barat daya negara itu, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan pada Rabu.

“Semua pengganas di lokasi telah ‘dineutralkan’ dan keadaan kini terkawal,” kata sumber berkenaan kepada Xinhua.

Wanita dan kanak-kanak yang dijadikan perisai manusia berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah keseluruhan penumpang yang diselamatkan kepada 190 orang, kata sumber itu.

Menurut sumber berkenaan, pasukan keselamatan bertindak dengan penuh berhati-hati dan profesionalisme sepanjang operasi bagi memastikan keselamatan orang awam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih berusaha untuk menentukan jumlah sebenar penumpang yang terkorban sebelum operasi menyelamat dijalankan, kata sumber itu.

Insiden itu berlaku pada Selasa di Daerah Kacchi, Wilayah Balochistan, ketika kereta api Jaffar Express yang membawa kira-kira 450 penumpang dalam sembilan gerabak sedang dalam perjalanan dari ibu negeri wilayah itu, Quetta, ke bandar Peshawar di barat laut negara itu, sebelum diserang sekumpulan pengganas yang tidak diketahui jumlahnya dan menahan penumpang sebagai tebusan.

Kumpulan penentang yang diharamkan, Tentera Pembebasan Balochistan, mengaku bertanggungjawab  atas serangan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan