Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlawanan Liga Super yang akan menyaksikan pertembungan Kuching City FC dan Selangor FC pada 16 Mac ini.

Masuk percuma bertiket bagi perlawanan Kuching City menentang Selangor FC

BySaibi Gi

KUCHING, 13 Mac: Peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Kuching City FC menentang Selangor FC di Stadium Negeri boleh masuk percuma bertiket pada 16 Mac ini.

Pengurusan Kuching City berkata penyokong boleh mengambil tiket perlawanan Liga Super itu di lokasi yang akan dimaklumkan esok (Jumaat).

“Masuk percuma bertiket ini adalah saranan dari pihak keselamatan untuk mengawal jumlah kemasukan penyokong mengikut kapasiti stadium,” kata pengurusan Kuching City menerusi satu hantaran di Facebook rasmi, hari ini.

Pihak pengurusan berharap kehadiran para penyokong dapat memberi semangat dan dorongan kepada pasukan untuk meraih kemenangan.

“Marilah bersama-sama kita membanjiri stadium dan menyokong Kuching City FC. Kami yakin dengan sokongan anda, kita akan terus maju ke hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Kuching City FC mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong yang telah memberikan sokongan padu pada perlawanan Kuching City menentang Kedah Darul Aman FC pada malam Rabu.

Kuching City menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan