Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini memberikan sumbangan berjumlah RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan. Foto hiasan Envato

MAIWP beri sumbangan RM1.85 juta kepada 14 hospital, bantu pesakit kurang mampu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini memberikan sumbangan berjumlah RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar pada Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Majlis Sumbangan Kepada Pusat Perubatan dan Hospital 2025 yang diadakan di Hospital Tunku Azizah (Wanita dan Kanak-Kanak) di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata sumbangan MAIWP itu adalah untuk mengisi tabung-tabung kebajikan hospital dalam usaha membantu pesakit kurang berkemampuan bagi meringankan beban kos bayaran bil rawatan, ubatan dan sebagainya.

“Selain itu, bantuan ini sebagai tanda keprihatinan MAIWP kepada semua petugas barisan hadapan atas komitmen dan sumbangan yang mereka berikan tanpa mengira waktu,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata antara penerima bantuan ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menerima sumbangan RM300,000, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (RM200,000), Hospital Tunku Azizah (RM100,000) dan Hospital Labuan (RM50,000).

Mohd Na’im berkata MAIWP turut meluluskan peruntukan RM290,000 bagi menyumbangkan sebuah bas coaster kepada HKL untuk kegunaan pesakit dan waris yang membuat rawatan di hospital terbabit.

Selain itu, beliau berkata MAIWP bekerjasama bersama Persatuan Kebajikan Bakti Kasih Malaysia (PKBKM) untuk menyediakan sumbangan makanan berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan termasuk di Hospital Tunku Azizah dan lain-lain.

“Alhamdulillah, bantuan ini dapat dimanfaatkan kepada 10,000 petugas dengan jumlah bantuan sebanyak RM200,000,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan