Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah peserta yang menamatkan London Marathon meningkat secara konsisten, daripada 6,255 orang pada 1981 kepada 53,890 tahun lalu. Foto fail AFP

London dijangka catat rekod maraton terbesar di dunia

ByBernama

LONDON, 13 Mac: London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.

Acara itu diiktiraf sebagai maraton paling popular selepas menerima 840,318 permohonan untuk edisi 2025.

Ia juga merupakan acara pengumpulan dana satu hari terbesar di dunia, dengan lebih £1.3 bilion (US$1.6 bilion) dikumpulkan untuk kebajikan sejak dianjurkan pada 1981.

Guinness World Records akan menobatkan London Marathon sebagai maraton terbesar dunia sekiranya lebih 55,646 pelari berjaya menamatkan perlumbaan pada 27 April, mengatasi rekod New York Marathon yang dicatat pada November 2024.

Ketua Eksekutif London Marathon Events, Hugh Brasher berkata: “Edisi ke-45 ini adalah tahun bersejarah bagi kami.

“Jika kami berjaya menjadi maraton terbesar dunia, ia akan menjadi pencapaian luar biasa.”

Beliau menjelaskan bahawa permintaan untuk menyertai maraton itu sangat tinggi dan pihaknya berusaha memberi peluang kepada seramai mungkin peserta sambil memastikan pengalaman yang selesa.

“Kami telah bekerjasama dengan pakar pergerakan untuk memastikan walaupun jumlah peserta meningkat, laluan maraton masih cukup luas untuk mereka berlari dengan selesa,” katanya.

Jumlah peserta yang menamatkan London Marathon meningkat secara konsisten, daripada 6,255 orang pada 1981 kepada 53,890 tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan