Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lencongan jalan sementara akan berlaku di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bermula 22 Mac hingga 21 Julai tahun ini

Lencongan sementara Jalan Tun Salahuddin bermula 22 Mac

KUCHING, 13 Mac: Lencongan jalan sementara akan dilaksanakan di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bermula 22 Mac hingga 21 Julai tahun ini.

Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dalam kenyataan menyatakan, pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja pembinaan dan mematuhi segala pengurusan trafik.

“Ia penting untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja-kerja pembinaan ini nanti,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kontraktor akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja tersebut.

“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan sekiranya melalui kawasan yang  terlibat,” jelas kenyataan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, sila berhubung dengan LCDA melalui talian 082-235944 atau layari portal rasmi http://lcda.gov.my/.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan