Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 200 gempa bumi melanda barat daya Iceland di Semenanjung Reykjanes sejak petang Rabu, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Lebih 190 gempa bumi landa Semenanjung Reykjanes, Iceland

ByBernama

HELSINKI, 13 Mac: Hampir 200 gempa bumi melanda barat daya Iceland di Semenanjung Reykjanes sejak petang Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) mengesahkan lebih 190 gegaran direkodkan sehingga malam, dengan tiga daripadanya melebihi 3.0 skala Richter.

Menurut pakar bencana alam IMO, Johanna Malen Skuladottir, kejadian gempa bumi seperti itu adalah perkara biasa di kawasan terbabit dan tidak dikaitkan dengan aktiviti gunung berapi.

“Gempa berkemungkinan berlaku akibat perubahan tekanan dalam lapisan bumi di Semenanjung Reykjanes, selari dengan kejadian gempa di kawasan ini sejak beberapa tahun kebelakangan,” katanya kepada Radio Iceland (RUV).

Setakat ini, tiada laporan gegaran dirasai di kawasan berpenduduk, namun IMO akan terus memantau keadaan secara rapi.

Sejak 2023, lima rangkaian gempa bumi berlaku di lokasi yang sama, menurut pihak berkuasa meteorologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan