Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran mengenai "peningkatan membimbangkan" kadar pemerdagangan kanak-kanak, dengan golongan itu merupakan 38 peratus daripada jumlah mangsa pemerdagangan manusia di peringkat global, di tengah-tengah anggaran bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak merupakan 38 peratus daripada mangsa pemerdagangan manusia global – PBB

ByBernama

GENEVA, 13 Mac: Laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran mengenai “peningkatan membimbangkan” kadar pemerdagangan kanak-kanak, dengan golongan itu merupakan 38 peratus daripada jumlah mangsa pemerdagangan manusia di peringkat global, di tengah-tengah anggaran bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), laporan tahunan Wakil Khas Setiausaha Agung mengenai Keganasan terhadap Kanak-Kanak, yang dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia, menunjukkan peningkatan dalam peratusan mangsa dalam kalangan kanak-kanak sepanjang lima tahun lepas, terutama melibatkan kanak-kanak perempuan.

Laporan itu memberi amaran bahawa jenayah ini akan terus meningkat jika tindakan segera dan tegas tidak diambil, sambil menekankan bahawa akses internet yang semakin meluas di peringkat global telah memburukkan lagi risiko eksploitasi oleh penjenayah untuk kegiatan pemerdagangan.

Wakil Khas Setiausaha Agung Dr Najat Maalla M’jid, menegaskan bahawa sindiket pemerdagangan manusia semakin menggunakan teknologi dan memanfaatkan situasi krisis, manakala tindak balas terhadap keganasan masih tidak mencukupi, justeru menyeru pelaburan lebih besar dalam sistem perlindungan sosial dan akauntabiliti undang-undang.

Laporan itu menyoroti tiga faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan jenayah ini, iaitu peningkatan kerentanan kanak-kanak akibat kemiskinan dan konflik, pengembangan rangkaian pemerdagangan melalui teknologi, serta permintaan yang semakin meningkat terhadap eksploitasi kanak-kanak dalam pelbagai bentuk.

Pegawai PBB itu turut menggesa tindak balas yang menyeluruh dan diselaraskan bagi menghapuskan pemerdagangan kanak-kanak menjelang 2030, sambil menekankan kepentingan melibatkan mangsa terselamat dan kanak-kanak yang berisiko dalam merangka penyelesaian secara selamat dan beretika. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan