Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah bangunan lama Sekolah Kebangsaan Klias Kecil, Beaufort yang dijadikan setor penyimpanan peralatan sekolah musnah dalam kebakaran pagi tadi. Foto hiasan Envato

Dua bangunan lama sekolah di Beaufort musnah terbakar – Bomba

ByBernama

KOTA KINABALU, 13 Mac: Dua buah bangunan lama Sekolah Kebangsaan Klias Kecil, Beaufort yang dijadikan setor penyimpanan peralatan sekolah musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihakynya menerima panggilan pukul 8.50 pagi sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian 9.11 pagi.

Katanya seramai 19 anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Beaufort, Kimanis dan Kuala Penyu terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu.

“Bangunan pertama, berkeluasan 6.09 meter x 9.14 meter dan bangunan kedua, berkeluasan 6.09 meter x 30.48 meter jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan operasi pemadaman tamat pada 10.55 pagi setelah pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud,” menurut kenyataan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan