Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Foto fail AFP

Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan

ByBernama

ISTANBUL, 13 Mac: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam “perang dadah” yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.

Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.

Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.

Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague pada Rabu bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan