Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Air Asia

Air Asia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura – EXCO

ByBernama

IPOH, 12 Mac: Kerajaan Perak berharap syarikat penerbangan Air Asia mempertimbangkan semula keputusan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura yang akan berkuat kuasa 25 April, seperti diumumkan dalam laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee berkata kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi syarikat bagi destinasi baru.

“Oleh itu amat diharap Air Asia untuk mempertimbangkan penyambungan semula operasi penerbangan laluan Ipoh-Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Loh berkata mengikut data laluan Ipoh-Singapura sememangnya mendapat sambutan yang baik selama ini dan dikhuatiri akan memberi impak yang kurang baik kepada Ipoh dan Perak dalam pelancongan dan pelaburan serta industri.

Beliau berkata keputusan itu juga bertentangan dengan usaha kerajaan merancakkan pengangkutan udara di Ipoh dan kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama untuk melancar serta memudahkan pengurusan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Pada masa ini kerja-kerja naik taraf LTSAS yang sedang dilaksanakan dan ia merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dan Persekutuan untuk tambah baik serta meningkatkan fasiliti bagi mengoptimumkan perkhidmatan penerbangan,” katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan AirAsia mengumumkan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura berkuat kuasa 25 April.

Mengikut kenyataan itu Air Asia akan menggantung 17 perkhidmatan mereka termasuk laluan Ipoh-Singapura di (LTSAS) yang bermula 2 Dis 2018 bagi menyemak serta menyelaraskan operasi syarikat berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan