KUCHING, 13 Mac: Seramai 50 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok diraikan pada Program Adiwarna Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.
Program yang dihadiri Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang itu diadakan bertujuan menceriakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sepanjang program berlangsung, Juma’ani bersempatan beramah mesra dengan pelatih dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap insan istimewa tersebut.
Program Adiwarna Aidilfitri merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh keceriaan.-TVS