Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
United Kingdom (UK) akan mengambil pendekatan "pragmatik" dalam menangani tarif global yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Perbendaharaan James Murray. Foto GOV.UK

UK amalkan pendekatan pragmatik terhadap tarif AS – Menteri Perbendaharaan

ByBernama

LONDON, 12 Mac: United Kingdom (UK) akan mengambil pendekatan “pragmatik” dalam menangani tarif global yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Perbendaharaan James Murray pada Rabu, seperti yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap kepada Sky News, Murray menegaskan, walaupun UK berhak untuk bertindak balas, negara itu akan mengambil pendekatan yang berhati-hati dan strategik serta tidak bertindak secara terburu-buru, terutama ketika rundingan untuk perjanjian ekonomi dengan AS masih berlangsung.

Kenyataannya dibuat di tengah-tengah peningkatan tarif global yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump, yang turut memberi kesan kepada beberapa negara termasuk UK.

Murray mengakui bahawa Britain berada dalam “kedudukan yang sangat berbeza” berbanding Kesatuan Eropah (EU), dengan menekankan perbezaan dalam rundingan perdagangan UK-AS selepas Brexit.

Pada Rabu, Suruhanjaya Eropah mengumumkan ia akan memperkenalkan “tindak balas” mulai 1 April sebagai respons terhadap pelaksanaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.

“UK dan AS berunding dengan pantas untuk mencapai satu perjanjian ekonomi,” kata Murray, sambil menekankan kepentingan untuk terus memberi tumpuan kepada memuktamadkan perjanjian itu.

“Tarif global ini, boleh dikatakan, muncul di tengah-tengah usaha itu. Jadi, kami tidak mahu terganggu dengan perkara ini.”

Beliau mengulangi komitmen kerajaan untuk mengutamakan kepentingan perniagaan dan rakyat Britain dalam rundingan itu.

“Kami percaya respons yang tepat adalah meneruskan usaha secara pragmatik, dengan tenang, tanpa bertindak balas secara tergesa-gesa, tetapi terus menuju ke arah perjanjian ekonomi yang sedang kami rundingkan dengan AS,” katanya.

Kenyataan Murray senada dengan pendirian Setiausaha Perdagangan dan Perniagaan UK, Jonathan Reynolds, yang sebelum ini menekankan pendekatan serupa terhadap tarif global.

Walaupun UK mengekalkan hak untuk bertindak balas, kerajaan tetap memberi tumpuan kepada penglibatan yang membina dengan AS bagi memastikan perjanjian perdagangan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan