Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 peratus, sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS. Foto AFP

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus

ByBernama

WASHINGTON, 12 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 peratus, sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS.

Menerusi hantaran di Truth Social, Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

“Selain itu, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250 peratus hingga 390 peratus ke atas pelbagai produk tenusu AS, yang sejak sekian lama dianggap keterlaluan.

“Saya tidak lama lagi akan mengisytiharkan Darurat Kebangsaan mengenai Elektrik di kawasan yang terancam,” tulis Trump. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan