Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Berbuka Puasa di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Sarawak (TYT). Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Projek pembangunan Kem Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Batu Kawa dijangka siap hujung tahun depan

BySuara Sarawak

KUCHING, 12 Mac: Projek pembangunan Kem Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) yang baharu di Batu Kawa dijangka siap hujung tahun hadapan.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, kem yang dilengkapi pelbagai prasarana tersebut kini giat dilaksanakan.

“Begitu juga dengan projek rumah keluarga angkatan Tentera (RKAT) kem Muara Tuang kini giat dilaksanakan dan dijangka siap pada hujung tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Sarawak (TYT) malam tadi.

Sementara itu kata Sofi, seiring keperluan semasa dalam aspek pembangunan sumber manusia, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi memastikan anggota mendapat latihan relevan dengan perkembangan teknologi.

“Pembinaan infrastruktur seperti senjata kecil dan simulator latihan maya (SAVTS) akan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan teknikal anggota dan kemahiran dalam pelbagai domain peperangan.

“Bahkan, penambahan aset mobiliti seperti kenderaan taktikal dan bot rondaan untuk mempertingkatkan keupayaan operasi di kawasan sempadan turut dilaksanakan.

“Keupayaan pengawasan dan pemantauan sempadan juga dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi seperti dron bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap tertinggi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan