Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Cyberjaya, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

PM Anwar ulangi amaran tindakan keras terhadap pelampau agama, perkauman

ByHafeezzur Muzamir

CYBERJAYA, 12 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi akan mengambil tindakan keras terhadap pelampau agama dan pelampau perkauman.

Menurutnya, beliau berjanji untuk melakukannya bagi membendung tindakan yang boleh membawa kerosakan kepada negara.

“Jangan biar negara ini dicemari pelampau, perkauman dan agama. Siapa sahaja mulai sekarang yang cuba menghangatkan suhu kebencian melibatkan kaum dan agama, percayalah kita (kerajaan) akan ambil tindakan sekeras- kerasnya.

“Tindakan terhadap gejala ini bagi mengelak malapetaka dan kecelakaan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sebelum ini, Anwar meminta rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan MADANI menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, rakyat juga diminta memainkan peranan bersama dalam  menoktahkan isu perpecahan dan terus bergerak ke hadapan bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta negara sentiasa terpelihara, selain mengamalkan sikap saling menghormati. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan