Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Cyberjaya, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

PM Anwar cadang 70 peratus kuota sekolah asrama penuh untuk STEM

ByHafeezzur Muzamir

CYBERJAYA, 12 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kuota kemasukan ke sekolah asrama penuh dibuat mengikut nisbah 70 peratus dalam jurusan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan baki 30 peratus melibatkan jurusan seni liberal dan sains sosial.

Menurutnya, cadangan tersebut yang akan diutarakan beliau kepada Kabinet susulan kurang penyertaan pelajar dalam bidang STEM.

“Aspek STEM menjadi masalah kita sekarang ini, saya sudah minta Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mendorong pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh, MRSM dan sekolah sains untuk terlibat dalam STEM.

“Saya akan cadangkan mulai tahun depan iaitu kepada pelajar yang mahu masuk sekolah asrama penuh kuota 70 peratus untuk STEM,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, langkah untuk meningkatkan jumlah pelajar dalam bidang STEM dibuat bagi memenuhi keperluan sedia ada susulan kehadiran syarikat teknologi gergasi dunia seperti Infineon, Microsoft dan Google yang bertapak di Malaysia.

Terdahulu, Anwar yang tiba di majlis itu pada jam 6:40 petang meluangkan masa berbuka puasa bersama dengan lebih 1,000 wakil-wakil syarikat korprat dan GLC serta warga Kementerian Kewangan (MOF).

Usai berbuka puasa, Anwar dan tetamu yang hadir menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum bertolak pulang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan