Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa daripada tarikh sabit kesalahan hari ini. Foto hiasan Envato

Lelaki ugut bunuh, tumbuk abang ipar dipenjara 13 bulan

BySuara Sarawak

SIBU, 12 Mac: Akibat melempar kata ugutan membunuh dan menumbuk abang iparnya, seorang lelaki diperintahkan oleh Mahkamah Majistret semalam menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Lee Khang Chuan, 39, didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun yang sama bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan dengan seksyen ini boleh dipenjara hingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan mengugut pula, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun keseksaan — sabit kesalahan hendaklah dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Romario Jonoi yang mengendalikan perbicaraan ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap tertuduh, bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan dan penjara enam bulan lagi bagi pertuduhan mengugut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa daripada tarikh sabit kesalahan hari ini.

Lee didakwa mendatangkan kecederaan serta mengugut hendak membunuh abang iparnya di sebuah rumah di Jalan Huo Ping pada 6 Mac 2025, jam 9.00 malam.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan isteri tertuduh melihat abang kandungnya ditumbuk oleh tertuduh di bahagian muka, selain mengugut hendak membunuh mangsa.

Rentetan itu, pengadu kemudian tampil membuat laporan polis pada 6 Mac lalu, jam lebih kurang 11.10 malam. Pihak polis kemudian menangkap tertuduh di rumahnya di Jalan Huo Ping bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan