Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi. Foto hiasan TVS

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 12 Mac: Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir berkenaan menurun, kerana keadaan banjir di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum ini semakin pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Direkodkan di Beaufort masih 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, Membakut (422 orang daripada 50 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

“Sebanyak 36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan