Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

HAWANA 2025 diadakan Jun ini – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata tarikh sebenar penganjuran program bagi meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak.

“Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran HAWANA), insya-Allah, sempena sambutan itu nanti, kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan-rakan media kita,” katanya kepada pemberita semalam.

Fahmi ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di sini pada Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Pada 23 Jan, Fahmi dilaporkan berkata HAWANA tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.

Beliau berkata HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan