Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 324,682 warga emas telah berdaftar sebagai pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) setakat April 2025. Foto Envato

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

ByBernama

SEOUL, 12 Mac: Hampir satu daripada 10 warga emas di Korea Selatan menghidap penyakit Alzheimer, dengan jumlah pesakit demensia dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut Agensi Berita Yonhap, jumlah pesakit demensia telah mencecah 970,000 orang setakat 2025, mewakili 9.17 peratus daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial.

Angka itu dijangka melepasi paras satu juta orang tahun depan dan mencecah dua juta orang menjelang 2044.

Kementerian itu berkata kadar kes demensia dalam kalangan warga emas menurun daripada 9.5 peratus pada 2016 dengan penurunan itu dikaitkan kepada peningkatan tahap pendidikan dan keadaan kesihatan mereka.

“Kadar kes demensia dalam kalangan warga emas dijangka kekal sekitar 10 peratus sehingga 2045 dan meningkat kepada kira-kira 12 hingga 13 peratus menjelang 2059,” kata seorang pegawai kementerian.

Kementerian itu berkata pihaknya akan merangka langkah sokongan untuk pesakit demensia bagi mengurangkan beban kewangan serta tanggungjawab penjagaan ke atas keluarga mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan