Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemain senior kembali perkuatkan pasukan hoki wanita kebangsaan. Foto Malaysian Hockey Confederation (MHC)

Dua pemain senior kembali perkuatkan pasukan hoki wanita kebangsaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dua pemain senior Noor Hasliza Md Ali dan Fatin Shafika Mohd Sukri kembali menyarung jersi pasukan hoki wanita kebangsaan selepas dipilih menyertai 26 pemain yang diumumkan Ketua Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Najmi Razak, hari ini.

Najmi berharap semua pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kali ini dapat memberi aksi terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tahniah kepada pemain yang terpilih, apa yang penting sekarang mereka perlu terus memperbaiki prestasi serta kekuatan mental untuk lebih berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Malaysia Tigress Nasihin Nubli berkata keputusan menyenaraikan Noor Hasliza dan Fatin Shafika dibuat selepas kedua-dua pemain itu memperagakan aksi cemerlang bersama PDRM Blue Warriors dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 sekali gus membantu pasukan berkenaan memenangi ‘treble’ buat kali pertama

Nasihin berkata selain dua pemain senior itu, beliau turut memanggil beberapa pemain remaja dalam misi membentuk pasukan yang ampuh bagi menghadapi beberapa kejohanan besar antaranya Piala Negara-Negara 2 Wanita pada Jun dan Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

“Bekas pemain kebangsaan seperti Noor Hasliza dan Fatin Shafika daripada pasukan PDRM Blue Warriors yang telah menunjukkan persembahan baik semasa MHL dipilih untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan.

“Sementara itu, seorang pemain daripada pasukan remaja kebangsaan Zawiatul Akma Hartomo yang belum mempunyai sebarang ‘caps’ antarabangsa juga telah terpilih dan akan menyertai enam lagi pemain remaja dalam skuad senior,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nasihin berharap pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kali ini perlu menanamkan mentaliti juara dalam diri masing-masing selain meletakkan sasaran untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2025.

“Sudah pastinya sasaran utama pasukan tahun ini adalah mengekalkan pingat emas Sukan SEA selain memberikan saingan terbaik bagi mencabar kedudukan tertinggi dalam semua perlawanan yang disertai.

“Berdasarkan daripada aksi persahabatan dengan Afrika Selatan yang lepas, saya yakin pemain ini mampu untuk mencipta keputusan positif dalam perlawanan yang akan datang,” katanya.

Berikut merupakan senarai 26 pemain yang akan menggalas tanggungjawab membawa cabaran Malaysia pada kejohanan sepanjang 2025.

 

Bil. Nama Posisi
1. Siti Zalia Nasir Penjaga Gol
2. Nur Hazlinda Zainal Abidin Penjaga Gol
3. Fitrinur Amiera Ramlee Penjaga Gol
4. Juliani Mohamad Din (kapten) Pertahanan
5. Nurul Fatin Fatiah Azman Pertahanan
6. Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin Pertahanan
7. Dayang Nuramirah Abang Mahadini Pertahanan
8. Anith Humaira Baharudin Pertahanan
9. Nur Aisyah Che Musa Pertahanan
10. Zawiatul Akma Hartomo Pertahanan
11. Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad Tengah
12. Siti Nur Arfah Mohd Nor Tengah
13. Nur Insyirah Effarizal Tengah
14. Nur Nabila Alia Yussaini Tengah
15. Siti Nur Atika Shaikh Maznan Tengah
16. Noor Hasliza Md Ali Tengah
17. Siti Nur Irdina Mohd Nor Tengah
18. Nur Shamine Azureen Mohammad Badusha Tengah
19. Hanis Nadiah Onn Penyerang
20. Nur Afiqah Syahzani Azhar Penyerang
21. Azmyra Mia Sofea Azhari Penyerang
22. Siti Zulaikha Husain Penyerang
23. Fatin Shafika Mohd Sukri Penyerang
24. Nuramirah Shakirah Zulkifli Penyerang
25. Zati Alyani Muhammad Zubir Penyerang
26. Nur Iman Adawiyah Mohd Suhaimi Penyerang

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan