Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. Foto Bernama

Dewan Negara: Kerajaan tiada hasrat ikut AS berhubung dasar hantar pulang PATI

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Kerajaan tidak bercadang untuk mengikut Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal bagi menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menegaskan bahawa kerajaan lebih menumpukan kepada usaha penambahbaikan kawalan imigresen dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi menangani keberadaan PATI dalam negara.

“Antara usaha penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pengenalan Sistem Saringan Awal Penumpang (APS) akan mula digunakan sepenuhnya pada Disember 2025 di mana penumpang akan disaring seawal 72 jam sebelum berlepas ke Malaysia untuk memastikan hanya pengembara tulen sahaja yang akan dibenarkan masuk ke dalam negara.

“Selain itu, penambahbaikan sistem MYVISA melalui penggunaan Optical Charater Recognition (OCR) untuk mempercepatkan proses verifikasi dokumen semasa permohonan visa dibuat yang membolehkan maklumat dari pasport pemohon diverifikasi tanpa ada intervensi dari pemohon untuk mengunci masuk data peribadi,” katanya ketika menjawab soalan Senator Azahar Hassan di Dewan Negara, hari ini.

Menurutnya, penggunaan OCR ini sekaligus menghalang pemohon daripada memberi maklumat palsu dalam permohonan visa serta memastikan pelawat-pelawat asing ke negara ini mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara diri di sepanjang masa berada di negara ini.

Selain itu, beliau memberitahu, KDN turut memperkenalkan MyBorderPass, aplikasi yang mengurangkan interaksi manusia dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam pengecaman wajah, iris, dan biometrik untuk pemeriksaan keluar masuk negara.

Mulai 1 Januari 2026, semua pelawat juga diwajibkan menggunakan sistem pemeriksaan autogate dan kod QR di balai pelepasan untuk mempercepatkan kawalan sempadan serta meningkatkan kecekapan pemantauan keberadaan warga asing.

Dalam usaha mengawal keberadaan PATI dalam negara, pemeriksaan rambang akan dilakukan ke atas pengembara di Terminal Satelit KLIA yang berada lebih dari enam jam tanpa tujuan jelas dan mereka yang mencurigakan boleh dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL).

Selain itu, operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut diperhebat di lokasi hotspot warga asing termasuk pasar borong, premis perniagaan, serta institusi pendidikan yang mengambil pelajar antarabangsa.

“Kerajaan juga sedang melaksanakan program pemutihan di mana PATI akan dikompaun dan dibenarkan pulang secara sukarela ke negara asal tanpa melalui proses pendakwaan dan hukuman,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan