Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. Foto Bernama

Dewan Negara: Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis PBT alternatif Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah penambahbaikan tadbir urus kerajaan tempatan, sekali gus menjadi alternatif kepada pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, garis panduan ini bertujuan memastikan pelantikan Ahli Majlis PBT lebih teratur, berkesan, dan sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI.

“Pada masa ini PRKT adalah bukan keutamaan KPKT. Bagi menambah baik pengurusan Ahli Majlis PBT, KPKT telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan tadbir urus Ahli Majlis PBT dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

“Dalam hal ini, KPKT sedang dalam proses untuk membangunkan Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis PBT yang akan dijadikan rujukan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT,” katanya ketika menjawab soalan daripada Senator Manolan Mohamad semasa Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menurutnya, garis panduan ini akan memperincikan kriteria pelantikan Ahli Majlis PBT supaya individu yang dilantik mempunyai tanggungjawab, keupayaan, serta kepakaran yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan PBT dengan lebih baik.

Setakat ini, pelantikan Ahli Majlis PBT tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memberi kuasa kepada PBN untuk melantik dan mengurus Ahli Majlis berdasarkan kriteria umum yang ditetapkan.

“Dari aspek pemantauan prestasi KPI Ahli Majlis PBT, perkara ini dilaksanakan oleh PBN masing-masing selaras dengan peruntukan tersebut di mana ianya dijalankan oleh PBN secara berkala ke atas perkhidmatan semua Ahli Majlis PBT,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan garis panduan ini diharap dapat meningkatkan tahap ketelusan, integriti, dan keberkesanan pengurusan Ahli Majlis PBT, yang secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Melalui garis panduan ini juga KPKT mengharapkan supaya proses pelantikan dan pengurusan ahli majlis PBT akan menjadi lebih telus, berintegriti, dan relevan dengan keperluan komuniti seterusnya memberikan kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan