Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan menegaskan bahawa dana berjumlah RM1.1 bilion daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Sapura Energy bukanlah suatu ‘bailout’, sebaliknya merupakan satu bentuk pelaburan strategik. Foto TVS

Dana RM1.1 bilion untuk Sapura Energy bersifat pelaburan strategik – Fahmi

ByIqbal Asraff Mohamad Yusuf

PUTRAJAYA, 12 Mac: Kerajaan menegaskan bahawa dana berjumlah RM1.1 bilion daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Sapura Energy bukanlah suatu ‘bailout’, sebaliknya merupakan satu bentuk pelaburan strategik.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyaluran dana itu disertakan dengan syarat-syarat khusus, termasuk keupayaan untuk ditebus atau ditukar kepada saham bagi pihak PNB.

“Dalam hal ini, tujuannya adalah untuk mencipta nilai dan merealisasikan keuntungan yang akan dipulangkan kepada pendeposit melalui pelbagai instrumen seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Wawasan dan sebagainya.

“Dana itu digunakan khusus untuk menguruskan tunggakan yang perlu dibayar oleh Sapura Energy kepada lebih 2,000 vendor, di mana 80 peratus daripadanya terdiri daripada pemilik Bumiputera,” katanya dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan pemberian ‘bailout’, Fahmi berkata kerajaan secara umumnya akan meneliti setiap kes dengan berpegang kepada prinsip MADANI, iaitu tiada penyaluran dana secara percuma diberikan kepada mana-mana entiti.

Mengulas lanjut, Datuk Fahmi berkata suntikan dana oleh PNB itu adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Sapura Energy terus memainkan peranannya dalam sektor minyak dan gas.

“Kita lihat Sapura Energy telah mengalami perubahan hari ini dengan Ketua Pegawai Eksekutif serta pasukan yang baharu. Jadi, kita (kerajaan) mahu mereka berada dalam kedudukan yang lebih kukuh, selain menyokong strategi syarikat untuk terus berperanan dalam industri ini.

“Tanpa Sapura Energy, saya merasakan kita tidak bersedia untuk bergantung kepada vendor-vendor luar (asing),” katanya.

Untuk rekod, Sapura Energy mempunyai kepentingan tersendiri dalam industri minyak dan gas negara kerana syarikat ini merupakan antara pemain utama dalam industri tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan