Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata butiran lanjut mengenai inisiatif pendidikan tinggi percuma akan dikeluarkan pada November 2025. Foto fail TVS

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov 2025

KUCHING, 12 Mac: Butiran lanjut mengenai inisiatif pendidikan tinggi percuma di Sarawak, yang dijangka dilaksanakan menjelang 2026, akan dikeluarkan pada November ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata butiran itu merangkumi senarai kursus dan maklumat mengenai cara untuk memohon.

“Buat masa ini, biar pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran mereka lebih dahulu. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selesai, universiti juga akan membuka permohonan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran program Pemangkin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) – Raspberry Pi 2025 di sini, hari ini.

Pada 23 Feb lepas, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun dilaporkan berkata rakyat Sarawak yang menerima pembiayaan pendidikan tinggi percuma daripada kerajaan negeri tidak perlu berkhidmat di negeri ini selepas tamat pengajian.

Abang Johari berkata penerima digalakkan untuk menimba pengalaman di luar negeri sebelum akhirnya kembali untuk menyumbang kepada Sarawak.

Beliau menjelaskan inisiatif itu bukanlah biasiswa yang mempunyai obligasi perkhidmatan tetapi bertujuan mengukuhkan tenaga kerja terutama dalam bidang STEM, selain undang-undang dan perakaunan.

Kira-kira 25,000 pelajar Sarawak dijangka mendapat manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan