Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Rakyat menyerahkan sumbangan bakul makanan dan wang tunai dalam Program Imarah Ramadan 2025.

Bank Rakyat santuni 1,500 keluarga asnaf menerusi Program Imarah Ramadan

ByMarzella Sigai

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Bank Rakyat hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 keluarga asnaf secara serentak di 50 lokasi di seluruh negara.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, program ini bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh barakah dengan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat.

“Program yang bertemakan ‘Hulurkan Salam’ pada tahun ini adalah bukti komitmen berterusan Bank Rakyat dalam memberikan impak positif kepada masyarakat.

“Ini juga melibatkan cawangan-cawangan kami di pelbagai lokasi termasuk Selayang (Selangor), Jelutong (Pulau Pinang), Pontian (Johor), Gong Badak (Terengganu), Sandakan (Sabah), dan Miri (Sarawak),” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Shahril juga menekankan bahawa Bank Rakyat bukan sahaja berperanan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang holistik, tetapi turut memberi sepenuh komitmen dalam inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Setiap penerima sumbangan akan menerima sebuah kotak makanan bernilai RM100 yang mengandungi keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula, ketupat, dan lain-lain, serta sumbangan tunai bernilai RM100.

“Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban penerima dalam menjalani ibadah puasa dan mempersiapkan diri untuk menyambut Aidilfitri,” ujarnya lagi.

Program sumbangan bakul makanan ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya dan menjadi sebahagian daripada komitmen Bank Rakyat untuk terus memberikan manfaat kepada masyarakat tanpa mengutamakan keuntungan semata-mata.

Jelasnya, inisiatif ini sejajar dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan ihsan yang menjadi tunjang kekuatan operasi Bank Rakyat selama ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan