Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) pada Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS

Abang Johari hadir Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada jam 6.45 petang, disambut oleh kakitangan Kumpulan Yayasan Sarawak.

Pada majlis itu, Abang Johari menyaksikan penyerahan zakat berjumlah RM363,426 daripada Syarikat Petronesa Sdn Bhd dan RM12,000 daripada Syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Selain itu, Pometia Sdn Bhd turut menyerahkan zakat sebanyak RM12,013 yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mersal Abang Rosli.

Zakat tersebut diserahkan kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Sibli Abang Mohd Nailie.

Dalam majlis yang sama, seramai 20 pelajar dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), Yayasan Sarawak International Secondary School Petra Jaya, Kuching dan Sibu, serta pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Premier Sarawak.

Selepas berbuka puasa, Abang Johari turut menunaikan solat maghrib, isyak dan solat Tarawih bersama jemaah.

Hadir sama, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, kakitangan Yayasan Sarawak, ketua-ketua jabatan serta wakil syarikat yang terlibat dalam penyerahan zakat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan