Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan penyelamat di lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Pesisir Samalaju-Bintulu, hari ini. Foto JBPM

Tiga maut, dua cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Bintulu

BySaibi Gi

BINTULU, 11 Mac: Dua wanita dan seorang lelaki terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Bintulu – Samalaju pada awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia menaiki sebuah kereta bersama dua lagi mangsa lain yang cedera parah.

Dua mangsa yang menaiki lori tiga tan cedera ringan, manakala seorang lagi mengalami patah kaki.

“Seorang mangsa, yang merupakan pemandu lori, berjaya keluar sendiri dan mengalami patah kaki, manakala tiga mangsa di dalam kereta meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia ialah Nur Azalea Zakiah Jiben, Ariana Juana Helda, dan Simon Hiu.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi yang seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Samalaju.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan