Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas. Foto hiasan Envato

Remaja perempuan hilang selepas bapa tegur leka bermain telefon

ByBernama

SHAH ALAM, 11 Mac: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan kehilangan dibuat oleh bapanya berusia 46 tahun pada 9.27 pagi semalam.

Beliau berkata mangsa dipercayai keluar rumah pada petang Ahad selepas ditegur bapanya kerana terlalu leka bermain telefon selain akses Internet disekat.

“Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.

“Ciri-ciri fizikal mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter (cm), berat badan 53 kilogram, berkulit sawo matang dan berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, remaja berkenaan keluar dari rumah dengan memakai baju putih lengan panjang, tudung berwarna hitam, seluar panjang hitam dan membawa satu beg sandang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan