Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap kepada pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa bersama pengamal media di Angkasapuri, Kuala Lumpur di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Persenda agama: SKMM tidak ambil tindakan terhadap tiga penyampai radio

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tiga penyampai radio stesen sebuah swasta yang baru-baru ini terpalit dengan tindakan mempersenda agama Hindu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kompaun yang dikenakan SKMM sebanyak RM250,000 kepada majikan mereka iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok.

Menurut Fahmi, menerusi kompaun yang dikenakan itu, pihaknya menyifatkan isu tersebut telah selesai.

“Saya telah bercakap dengan mereka (penyampai-penyampai radio) kerana saya mendapati ada tekanan besar yang mereka hadapi.

“Saya minta mereka bersabar, bertenang dalam menghadapi dugaan besar ini dan saya juga memaklumkan kepada mereka bahawa kita tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media di Angkasapuri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Maestra Broadcast Sdn Bhd boleh menggunakan mekanisme tribunal rayuan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan kompaun yang dikenakan oleh SKMM itu.

Dalam pada itu, menjawab soalan pemberita berhubung pandangan segelintir masyarakat yang mempersoalkan jumlah kompaun yang dikenakan SKMM itu, Fahmi berkata ia dibuat berdasarkan fakta.

“Berdasarkan fakta bahawa yang dikompaun bukan individu tapi adalah sebuah syarikat berpendapatan tinggi.

“Ada juga yang membuat perbandingan dengan kes KK Mart yang didenda RM60,000. Saya nak tegaskan, itu adalah di bawah undang-undang yang berbeza dan dia tidak melibatkan kandungan dalam talian ataupun pemegang lesen SKMM”, katanya.

Fahmi menjelaskan, SKMM tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya, sebaliknya mengikut fakta dan jalur undang-undang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan