Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertempuran bersenjata sedang berlangsung antara pasukan keselamatan Pakistan dan pengganas yang dilaporkan telah menjadikan lebih 100 penumpang sebagai tebusan selepas menyerang sebuah kereta api di barat daya negara itu pada Selasa. Foto fail AFP

Pengganas serang kereta api di Pakistan, dakwa tahan 100 penumpang sebagai tebusan

ByBernama

KARACHI (Pakistan), 11 Mac: Pertempuran bersenjata sedang berlangsung antara pasukan keselamatan Pakistan dan pengganas yang dilaporkan telah menjadikan lebih 100 penumpang sebagai tebusan selepas menyerang sebuah kereta api di barat daya negara itu pada Selasa.

Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) yang diharamkan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dalam satu kenyataan kepada media tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kumpulan itu mendakwa anggota mereka telah menahan lebih 100 penumpang, termasuk anggota keselamatan.

Insiden berlaku di kawasan berbukit di daerah terpencil Bolan, wilayah Balochistan apabila pengganas meletupkan bahan letupan di landasan sebelum melepaskan tembakan ke arah kereta api, menyebabkan pemandunya cedera parah, menurut seorang pegawai.

Jurucakap kerajaan Balochistan, Shahid Rind memaklumkan kepada pemberita bahawa tentera tambahan telah dikerahkan ke lokasi kejadian, di mana pasukan keselamatan sedang bertempur dengan penyerang.

Laporan yang tidak disahkan mendakwa terdapat beberapa korban dalam serangan itu.

BLA dan beberapa kumpulan lain telah lama terlibat dalam serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan serta orang awam dari wilayah lain.

Mereka melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut “pembebasan” Balochistan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan