KUCHING, 11 Mac: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Jakar, Sarikei paling sukar yang kini masih dalam proses penyiapan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Dr Cassidy Morris berkata kesukaran itu kerana perlu melakukan pengalihan banyak infrastruktur utiliti.
“Kita hendak memastikan jalan di kawasan tersebut (dibina) di tempat yang betul.
“Kita juga berhadapan cabaran sebab jajaran tidak merentasi (pekan) Jakar jadi kita terpaksa mengubah jajaran tersebut supaya tidak menganaktirikan Jakar,” katanya.
Dalam program temubual Dialog TVS yang disiarkan baru-baru ini, beliau menjelaskan, cabaran itu kini dapat diatasi.
“Sekarang dah ok semua, syukurlah kita di hujung penyiapan,” katanya.