Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Op Campur: 48 kertas siasatan kes campur beras dibuka

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 11 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka sebanyak 48 kertas siasatan susulan pelancaran Op Campur setakat ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sebanyak 213 premis pengilang dan pembungkus beras import juga telah diperiksa sepanjang operasi setakat ini.

Katanya, sebanyak 300 sampel beras telah disita untuk tindakan lanjut.

“Setakat hari pertama operasi yang dilancarkan pada 10 Mac (semalam), nilai rampasan yang direkodkan telah melebihi RM15,000.

“Kita cuma mengambil sampel sahaja berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 namun sekiranya terdapat syarikat didapati bersalah, tindakan akan diambil termasuk merampas semua kampit beras di premis tersebut,” katanya dalam sidang media Menara KPDN di sini, hari ini.

Jelaa beliau, operasi berkenaan dilaksanakan untuk membanteras aktiviti pencampuran beras tempatan dan import secara haram di peringkat pengeluaran dan pembungkusan supaya rakyat mendapat kualiti beras yang sama dengan nilai yang dibayar.

Kata beliau, KPDN juga bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi memastikan keberkesanan operasi.

“MARDI akan bertanggungjawab dalam menentukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang disita manakala Jabatan Kimia Malaysia berperanan untuk menentukan peratusan beras yang hancur dalam setiap sampel beras yang disita,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, Op Campur akan terus dilaksanakan selama sebulan dengan kekuatan seramai 2,400 orang pegawai KPDN di seluruh negara .

“Sepanjang tempoh operasi, lebih 2,000 premis pengilang dan pembungkus beras import dan tempatan akan diperiksa dalam jangka masa operasi tersebut,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan