Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir paling ramai direkodkan di Beaufort dengan 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS. Foto Bernama

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 11 Mac: Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang daripada 1,488 keluarga berbanding 4,555 orang daripada 1,493 keluarga pada malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir paling ramai direkodkan di Beaufort dengan 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS.

Ini diikuti Tenom dengan 1,119 orang daripada 420 keluarga ditempatkan di 14 PPS, Membakut (914 orang daripada 312 keluarga di lima PPS) dan Sook (778 orang daripada 200 keluarga di tiga PPS).

“Sebanyak 41 kampung terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, masing-masing 10 di Beufort dan Membakut serta lima di Sook,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah juga menerusi kenyataan memaklumkan jambatan di KM0.74 Jalan Minasut Kampung Baru ke SRK, Keningau ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

“Penutupan disebabkan struktur abutment (penampan) jambatan runtuh akibat bencana banjir kilat dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin melalui jambatan itu dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kampung Baru dan Jalan Minasut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan