Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 di Kuching hari ini. Foto KPWK

Kerajaan Sarawak kekal komited memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Mac: Kerajaan Sarawak kekal komited dalam memastikan kebajikan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) terjaga.

Menegaskan perkara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jawatankuasa yang bertugas di PPS komited dalam memantau keperluan asas, keselamatan serta kesihatan mangsa.

“Di PPS kita juga ada jawatankuasa yang memantau kesihatan. Ada antara mangsa banjir yang tiba di PPS mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan ada yang mengalami kecemasan akibat banjir, risaukan harta benda yang ditinggalkan di rumah.

“Kita bekerja sebagai satu pasukan di PPS untuk memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya kepada media pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 di sini, hari ini.

Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad.

Beliau turut memberitahu bahawa hanya dua PPS masih dibuka di Sarawak susulan tanah runtuh pada Februari lepas.

Sementara itu menyentuh berkenaan bantuan bencana yang diagihkan, beliau menyambut baik kenaikan kadar bantuan tersebut kepada RM50.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah menaikkan kadar bantuan makanan kepada RM50 seorang sehari bagi memastikan kualiti dan jumlah makanan mencukupi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan