Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rachael Owen, Iskandar Narawi dan Mohammad Azreen Borhan ketika ditemui TVS semasa tinjauan berkenaan kedai gunting rambut sempena Hari Raya Aidilfitri. Foto (TVS)

Kedai gunting rambut di Miri mulai sibuk menjelang Aidilfitri

ByVanessa Enjop

MIRI, 11 Mac: Menjelang Hari Raya Aidilfitri, permintaan terhadap perkhidmatan gunting rambut di Miri semakin meningkat, dengan pelanggan mula memenuhi kedai seawal sebulan sebelum perayaan.

Menurut tukang gunting rambut di Bard’s 78 Barbershop & Salon, Rachael Owen, 26, kedainya menawarkan promosi khas sempena Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan potongan gaya terkini.

“Untuk sambutan Hari Raya, kami mula buat promosi. Harga biasa dengan harga promosi memang berbeza. Seminggu sebelum perayaan, jadual kami dah penuh,” katanya.

Tambahnya, gaya potongan seperti taper fade, quiff, dan two block menjadi pilihan utama pelanggan, khususnya golongan muda yang menggemari gaya ala-Korea.

“Kami beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Promosi ini sudah bermula dan akan berlangsung hingga hari terakhir Ramadan,” tambahnya.

Iskandar Narawi, 47, pemilik Bard’s 78 Barbershop & Salon berkata, kedainya yang dibuka sejak dua tahun lalu menawarkan perkhidmatan kepada semua peringkat umur, termasuk rawatan rambut lelaki dan wanita.

“Kami bermula dari kosong, hanya tiga tukang gunting saja. Masa itu belum ramai yang tahu tentang kedai kami, tetapi kini, sambutan semakin menggalakkan.

“Untuk para pekerja saya di sini, saya memberi peluang kepada golongan muda ini untuk menceburi bidang penggayaan rambut dengan menyediakan latihan di institusi bertauliah seperti Giat MARA dan menghantar mereka menghadiri kursus di Alan Salon Academy,” ujarnya.

Bagi Mohammad Azreen Borhan, 34, yang memiliki pengalaman 10 tahun dalam bidang ini, permintaan pelanggan meningkat mendadak dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan.

“Nak dekat raya ni, Alhamdulillah, memang semakin ramai pelanggan. Kebanyakan pelanggan sekarang minta potongan low-fade, tak kira umur,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui setiap musim perayaan membawa cabaran tersendiri kerana perlu memenuhi pelbagai permintaan pelanggan.

“Permintaan pelanggan ni macam-macam. Tapi, apa pun, kami mesti buat yang terbaik untuk pastikan mereka kelihatan segak di pagi raya,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan