Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berlepas ke Rusia esok sehingga 16 Mei untuk lawatan rasmi. Foto, fail Bernama.

Isu ASEAN, kerjasama pelbagai sektor dibincang Anwar, Duta Besar AS

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Penganjuran Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika Syarikat akan dibincangkan secara terperinci oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Duta Besar negara itu ke Malaysia, Edgard D. Kagan, hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata perbincangan itu akan diadakan pada pertemuan empat mata yang dijadual berlangsung pada petang ini.

“Mereka akan menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di laman Facebook Perdana Menteri, hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, kedua-dua pihak juga dijangka akan membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua buah negara dalam pelbagai sektor.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kerajaan akan melantik Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) dan Pakar Keselamatan Siber bagi memperkukuh status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854).

Katanya keputusan itu telah dibincang pada Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini.

“Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum bahawa terdapat trend penurunan pada insiden keselamatan siber dari tahun 2023 hingga 2024.

“Dinamika ancaman siber adalah tinggi sejajar kebergantungan pelbagai aspek kehidupan memerlukan eko-sistem dan prasarana keselamatan siber yang menyeluruh.

“Kerajaan, pihak swasta dan rakyat mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia berdaya tahan mendepani cabaran keselamatan siber,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan