Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat dan banjir yang melanda Bolivia menyebabkan 40 orang maut manakala tujuh lagi hilang sejak musim tengkujuh bermula pada November. Foto AFP

Hujan lebat, banjir ragut 40 nyawa di Bolivia

ByBernama

LA PAZ, 11 Mac: Hujan lebat dan banjir yang melanda Bolivia menyebabkan 40 orang maut manakala tujuh lagi hilang sejak musim tengkujuh bermula pada November, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes menjangkakan angka korban terus meningkat susulan kejadian tanah runtuh di bandar La Paz pada awal Isnin, yang menyebabkan 80 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk berpindah serta menasihatkan orang ramai supaya menjauhi zon berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Setakat Ahad, 163,193 keluarga hilang tempat tinggal atau terpaksa berpindah, dengan kebanyakan mangsa berasal dari wilayah La Paz, menurut laporan terkini agensi pertahanan awam.

Sejak November, hujan lebat telah menjejaskan 105 perbandaran di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan