Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Negara: Malaysia tuan rumah cemerlang Kepengerusian ASEAN 2025

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Malaysia menerima maklum balas positif daripada delegasi ASEAN berhubung penganjuran mesyuarat yang teratur, lancar dan bertaraf antarabangsa sepanjang peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, sejak Januari 2025, Malaysia telah menganjurkan 46 mesyuarat rasmi ASEAN, termasuk empat di peringkat Menteri dengan persiapan yang mendapat pujian negara anggota.

“Secara tuntasnya, kesemua mesyuarat yang telah dihoskan oleh Malaysia setakat ini berjalan dengan lancar, hasil kerjasama erat semua kementerian dan agensi, pihak berkuasa tempatan serta entiti-entiti berkaitan kerajaan.

“Majoriti  delegasi ASEAN yang hadir ke mesyuarat-mesyuarat ini turut memberi maklum balas positif mengenai penganjuran yang teratur dan lancar serta layanan baik Malaysia sebagai negara tuan rumah,” katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Anifah Aman semasa Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Tambahnya, Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung pada 18 hingga 19 Januari di Langkawi menjadi titik permulaan kepengerusian Malaysia dan telah menerima sambutan memberangsangkan daripada negara-negara anggota.

Menurut Mohamad, kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah bukan sahaja terhad kepada mesyuarat rasmi tetapi juga dalam penganjuran 18 acara sampingan berprestij yang berpotensi meningkatkan kerjasama serantau dan pelaburan antarabangsa.

Acara berkenaan katanya termasuklah ASEAN AI Summit, ASEAN Women Economic Summit Fortune’s ASEAN-GCC-China Economic Forum dan Bloomberg Business Summit.

“Penganjuran program-program ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama serantau, malah membuka peluang ekonomi dan pelaburan bagi Malaysia.

“Selain itu, peluang perbincangan dua hala yang strategik turut ditawarkan di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog dan Rakan Luar ASEAN bagi membolehkan Malaysia menangani isu-isu tertentu berkepentingan, termasuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kesihatan, peralihan tenaga dan ekonomi hijau, kesalinghubungan, sains dan inovasi serta transformasi dan ekonomi digital di samping memperkukuh hubungan diplomatik dua hala yang sedia ada,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan