Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dengan kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr. Foto fail AFP

Cristiano Ronaldo cipta rekod baharu dengan jaringan ke-927 dalam kerjaya

ByBernama

KAHERAH, 11 Mac: Cristiano Ronaldo terus menentang faktor usia apabila menjaringkan gol ke-927 dalam kariernya ketika membantu Al-Nassr mencatat kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia pada Isnin.

Sejak menyambut ulang tahun ke-30, Ronaldo, yang kini berusia 40 tahun, sudah menjaringkan 464 gol, melebihi 463 gol yang dicatatkannya sebelum usia itu, menurut data yang dikumpulkan oleh akhbar sukan harian Sepanyol, AS dan portal berita Goal.com, lapor agensi berita Jerman dpa.

Dalam perlawanan menentang kelab Iran, Esteghlal Tehran, pada Isnin, Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-27 untuk memberikan kelebihan 2-0 kepada Al-Nassr, sekali gus memastikan kemenangan serta membantu pasukannya mara ke suku akhir.

Bintang Portugal itu terlepas aksi pertama yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Meskipun usianya semakin meningkat, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu terus menunjukkan prestasi cemerlang untuk kelab dan negaranya.

Dalam musim ini sahaja, Ronaldo menjaringkan 27 gol dalam perlawanan rasmi bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr.

Ronaldo bertekad untuk mencapai sasaran 1,000 gol dalam kariernya, namun seperti yang dinyatakannya dalam satu temu bual awal tahun ini, beliau sudah menganggap dirinya sebagai yang terbaik dalam sejarah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan