Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan jurugambar wanita dengan membuat isyarat lucah pada Disember tahun lepas. Foto hiasan Envato

Buat isyarat lucah: Anggota polis didakwa aib kehormatan jurugambar wanita

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan jurugambar wanita dengan membuat isyarat lucah pada Disember tahun lepas.

Muhammad Faris Ariffin Tait, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 26 tahun di hadapan sebuah bangunan di Off Jalan Tun Razak pada 3.58 petang 13 Dis 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’ Asnita Zaina’ Larifin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Tripatjit Singh pula memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan seorang anggota polis dan tiada risiko melarikan diri.

“Anak guam saya menanggung keluarga termasuk ibu dan bapanya. Isteri tertuduh juga tidak bekerja dan mereka mempunyai seorang anak. Mohon jumlah jaminan yang minimum,” katanya.

Majistret M.S Arunjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan