Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Bahagian Miri menganjurkan larian amal edisi kelapan yang dijangka berlangsung pada 25 Mei 2025.

Bomba Miri anjur larian amal Mei ini

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Miri akan menganjurkan larian amal edisi kelapan pada 25 Mei 2025.

Menerusi satu kenyataan, Bomba Miri memaklumkan acara tersebut akan diadakan di Dataran Marina Parkcity bermula jam 6 pagi.

“Terdapat dua acara pada edisi kali ini iaitu 5KM Open Fun Run yang sesuai untuk semua peringkat umur dan juga 12KM Competitive Run.

“Terdapat empat kategori bagi acara 12KM Competitive Run iaitu kategori Lelaki, Wanita, Lelaki Veteran dan Wanita Veteran,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, para peserta yang mendaftar akan mendapat jersi eksklusif, medal, sijil penyertaan dan nombor larian.

Seramai 1,600 peserta dijangka menyertai acara itu tahun ini.

Media sebelum ini melaporkan, Urus Setia Jawatankuasa Penganjur Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata penganjur menjangkakan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Miri, kerana mereka telah memilih PPDK Sunflower Miri sebagai penerima sumbangan acara itu.

Objektif utama acara larian tetap sama seperti dalam edisi sebelum ini iaitu untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan memadam kebakaran dan menyelamat melalui program berorientasikan komuniti yang mempromosikan sukan dan kesihatan.

Acara 5KM Open Fun Run terbuka kepada semua individu dengan kadar bayaran pendaftaran awal RM60 sementara RM70 untuk kadar biasa dan kemasukan lewat dengan bayaran RM80.

Untuk kategori lelaki dan wanita 12KM, ia dibuka kepada individu 18 tahun ke atas, lelaki veteran 12KM dan wanita veteran 12KM dibuka kepada berumur 45 tahun ke atas dengan RM70 setiap orang untuk kadar pendaftaran awal, RM100 untuk kadar biasa dan RM120 untuk kadar kemasukan lewat.

Promosi pendaftaran awal ditawarkan sehingga 22 April manakala kadar biasa bermula dari 23 hingga 30 April dan kemasukan lewat adalah dari 1 hingga 8 Mei.

Borang pendaftaran boleh didapati dalam talian di https://forms.gle/CXpvVXMvqNhTN7dw5

Yuran pendaftaran boleh dibayar ke akaun Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak – akaun RHB Islamic di 2611 690 000 329. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan