Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vatican batalkan sembahyang pada ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital. Foto AFP

Vatican batalkan sembahyang pada ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital

ByBernama

ROM, 10 Mac: Vatican membatalkan sembahyang yang secara tradisi berlangsung pada Ahad di Dataran St Peter buat kali keempat berturut-turut ketika Paus Francis masih dirawat di hospital akibat radang paru-paru yang serius, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang “tenang” di Hospital Gemelli, Rom, dan sedang berehat.

Lewat Sabtu, Badan Pentadbir Pusat Gereja Katolik itu memaklumkan keadaan pemimpin Katolik berusia 88 tahun itu menunjukkan “peningkatan beransur-ansur”.

“Keadaan klinikal Paus kekal stabil dalam beberapa hari kebelakangan ini dan menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan,” menurut kenyataan itu. Tambahnya, Paus tidak mengalami demam. Buletin kesihatan seterusnya dijangka dikeluarkan pada Isnin malam.

Kesihatan Paus merosot sejak beliau dimasukkan ke Hospital Gemelli pada 14 Feb lepas, yang pada mulanya dilaporkan sebagai kes bronkitis.

Bagaimanapun, beliau kemudian disahkan menghidap radang paru-paru berganda dan telah beberapa kali menggunakan mesin ventilator.

Francis kini merupakan paus kedua tertua dalam sejarah. Khamis ini menandakan ulang tahun ke-12 pelantikannya menggantikan Benedict XVI, yang meletak jawatan pada usia 85 tahun tetapi hidup sehingga 95 tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan