Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025 menyampaikan jemputan kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi. Foto Astana Negeri Sarawak.

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025

BySuara Sarawak

KUCHING, 10 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025 di Kesuma Resort, di sini, hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025, bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan isteri bagi menghadiri Majlis Keman Kaul Mukah 2025 pada 27 April di Tapak Kala Dana, Mukah.

Dalam kunjungan tersebut, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas jemputan serta menyatakan harapan agar Kaul Mukah 2025 diraikan dengan penuh kemeriahan.

Beliau menegaskan kepentingan festival ini sebagai warisan budaya masyarakat Melanau yang bukan sahaja memperkukuh jati diri rakyat Sarawak, tetapi juga mengukuhkan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau turut berharap agar festival ini dapat terus dimartabatkan sebagai salah satu acara kebudayaan utama di negeri ini, menarik minat generasi muda untuk kenal dan menghargai warisan tradisi, serta menjadi produk pelancongan yang mengangkat keunikan budaya Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan