Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang mempengerusikan mesyuarat bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2025.

Sebanyak 21 tapak dikenal pasti bagi Pembangunan Ruang Sosial dan Aplikasi Digital KRT Mart

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 Mac: Sebanyak 21 tapak lokasi telah dikenal pasti Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi pembangunan ruang fizikal dan ruang sosial sebagai tapak perpaduan di kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, projek berkenaan melibatkan lokasi-lokasi di 14 negeri di Malaysia, khususnya di perumahan strata kos rendah.

“Ruang sosial yang dirancang akan berfungsi sebagai platform interaksi inklusif untuk komuniti pelbagai latar belakang, bertujuan memupuk keharmonian sosial yang mampan.

“Projek yang dicadangkan termasuk pembinaan dewan terbuka, taman permainan kanak-kanak, gazebo, sudut hijau, pusat kegiatan sukan, perpustakaan komuniti dan trek berjalan,” katanya.

Menurut Aaron, pembangunan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengukuhkan kesepaduan dalam komuniti, malah untuk menggalakkan kerjasama antara pihak akademik, agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO.

Selain itu, KPN juga akan membangunkan aplikasi digital KRT Mart bagi memperluaskan pasaran produk-produk keluaran komuniti Rukun Tetangga, aplikasi ini akan membolehkan pengguna membeli barangan secara dalam talian dengan lebih mudah dan mesra pengguna.

“Pada tahun 2024, sebanyak 152 Rukun Tetangga telah dimodelkan sebagai penggerak komuniti progresif, melebihi sasaran awal sebanyak 116 KRT.

“Projek ekonomi ini bertujuan menjana pendapatan komuniti serta membantu mengurangkan kos sara hidup,” jelasnya.

Terdahulu, Aaron mempengerusikan mesyuarat bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2025.

MExUnity menjadi wadah perbincangan di antara Menteri Perpaduan Negara dan barisan EXCO kerajaan negeri untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha ke arah penyatupaduan rakyat melalui program-program berteraskan perpaduan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan persekutuan dan negeri adalah kunci dalam memastikan perpaduan negara terus utuh dan mampan.

“Kita tidak boleh mengambil ringan cabaran yang wujud, tetapi dengan komitmen bersama dan dasar yang inklusif, kita mampu membina Malaysia yang lebih harmoni, bersatu dan sejahtera untuk semua,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan